Kecilkan Teks Besarkan Teks Set Semula Teks Merah  Teks Biru Teks Hijau
Bahasa Malaysia |English
Carian
Latar Belakang Simpang Renggam
Penempatan MDSR
 
Terdiri daripada Lima (5) buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai Sayong dan Layang-Layang dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik. Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta swasta.

Letusan Karokatua pada tahun 1950 mewujudkan penempatan baru di pendaerahan Kluang Selatan. Sebuah bukit terbelah dua dan menjadi rengang yang masih boleh dilihat sehingga kehari ini. Peristiwa 'rengang'nya bukit itu menjadi sebutan ramai. 'Rengang' menjadi 'Renggam' dan itulah kewujudan unik Bandar Renggam.
 
../mengenali_sej_penempatan_MDSR/foto_html_3dca6d00.jpg
Bangunan-Bangunan lama masih kekal di Pekan Layang-Layang
 
../mengenali_sej_penempatan_MDSR/foto_html_742aa686.jpg
Pekan Simpang Renggam pada Tahun 1970'an, masih mengekalkan tradisi tahun 1950'an
 
../mengenali_sej_penempatan_MDSR/foto_html_514527e3.jpg

Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom dimana ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Padang Golf, lapangan terbang dan bangunan-bangunan lama adalah tinggalan sejarah yang masih kekal sehingga kini.

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Malaysia Koridor Raya Multimedia