Logo Majlis Daerah Simpang Renggam
Rekabentuk logo ini berasaskan kombinasi rajah-rajah Geometrik yang memberikan ‘kekuatan dan nilai’ di dalam melambangkan
- Kestabilan
- Kecekapan
- Prestasi
Bunga Raya — Bunga Raya atau Bunga Kebangsaaan Malaysia ini melambangkan Perpaduan Nasional. Bunga ini juga adalah simbol harmoni.
Buku — Lambang pentadbiran yang cekap. Buku merupakan gedung ilmu pegentahuan, perpaduan, perundangan dan lain-lain yang menjadi kunci kecekapan pentadbiran.
Lima Garisan Seragam — Melambangkan demokrasi dan dari susunan garisan yang selari pula bererti keadilan.
Rajah Bangunan — Melambangkan pembangunan perumahan, perniagaan dan perusahaan
Rajah Kelopak Daun Berkembang Dua — Melambangkan pertumbuhan sosial yang sihat dan menuju kepada pencapaian cita-cita bagi kebersihan, pengindahan bandar dan sekitarnya bagi kebaikan bersama
Rajah Gear — Simbol teknologi, ini bermakna semua apa jua yang dirancangkan adalah berdasarkan kepada lunas-lunas teknologi
Bulatan yang Merangkumi Rajah-Rajah — Melambangkan fungsi Majlis Daerah Simpang Renggam yang berotonomi kewangan dan perbelanjaan yang bertujuan meninggi dan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat
Dua Jalur di Kiri dan Kanan — Memberi erti kepada pentadbiran dan pengurusan Majlis Daerah Simpang Renggam dari masa ke semasa yang sentiasa sedia berkhidmat kepada rakyat dan negara
Tulisan Cogankata 'Usaha Maju Jaya' — Cogankata ini adalah diambil dari singkatan fungsi-fungsi Majlis Daerah Simpang Renggam. bagi memperlihatkan hasil-hasil usaha yang dijalankan dari maksud-maksud yang tertera di atas
Warna-Warna — Identiti Negeri Johor diabadikan dengan warna-warna yang terdapat dari bendera Negeri Johor