|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BAHAGIAN CUKAI | 1. Bolehkah tunggakan cukai di bayar secara ansuran? | | | Tunggakan boleh dibayar secara ansuran sekiranya jumlah tunggakan dalam jumlah yang besar. Borang permohonan boleh diperolehi di bahagian penilaian MDSR. Majlis akan menetapkan jumlah ansuran bulanan yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. | | | | 2. Apa perlu dilakukan jika saya seorang penyewa? | | | Anda perlu menyerahkan bil-bil dan notis Borang E kepada pemilik. Jika pemilik tidak menjelaskan tunggakan tersebut, tindakan menahan harta penyewa boleh diambil. Bagaimanapun MDSR boleh mengecualikan tindakan tersebut dengan menawarkan penyewa supaya membayar sewa premis terus kepada MDSR sehingga tunggakan cukai dijelaskan sepenuhnya sebagaimana peruntukan Seksyen 151 (5) Akta 171. | | | | 3. Apa perlu dibuat jika bil cukai tidak diterima? | | | Sekiranya anda tidak menerima bil culai harta, sila datang ke Bahagian Penilaian MDSR pada bila-bila masa waktu pejabat. | | | | 4. Bagaimana jika tidak menjelaskan cukai harta pada tempoh yang ditetapkan? | | | Sekiranya anda tidak menjelaskan cukai harta dan tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan berikut: Notis Borang E Mengikut Seksyen 147 (1) Akta Kerajaan Tempatan, notis berdenda dalam Borang E akan dikeluarkan supaya anda menjelaskan tunggakan dalam tempoh 15 hari. Denda yang akan dikenakan adalah sebagaimana berikut:- - Waran Borang F, Notis Borang G dan Borang H Sekiranya dalam tempoh 15 hari, anda masih gagal menjelaskan tunggakan,
- waran tahanan dalam Borang F akan dikeluarkan seperti berikut: Pengeluaran waran akan membolehkan MDSR untuk membuat ingentori/senarai dalam Borang G mengenai segala harta alih yang ditahan dalam harta/premis senilai dengan jumlah tunggakan cukai.
- Sekiranya dalam tempoh 7 hari tunggakan tidak dijelaskan, harta akan disita dan dijual melalui lelong awam.
| | | | 5. Tindakan Melalui Peguam | | | Tindakan Mahkamah untuk melelong harta tak alih berdasarkan peruntukan Seksyen 15 Akta 171 akan dijalankan oleh Peguam Panel Majlis. Segala kos guaman dan kos tindakan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik, dan dituntut sebagai sebahagian daripada tunggakan (Seksyen 152). Bila cukai harta perlu dibayar Cukai Harta perlu dibayar dua kali setahun iaitu: Penggal Pertama-1 Januari hingga 28 Februari Penggal Kedua-1 Julai hingga 31 Ogos | | | | 6. Bagaimana cukai harta dikira? | | | Cukai Harta dikira berdasarkan kepada Nilai Tambah Dan Kadar. - Nilai tambah berasaskan kepada harga pasaran harta pada satu aras nilai tertentu
- Kadar nilai pula adalah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut sebagai cukai harta yang perlu dibayar
- Nilai Tambah Harta boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman mengikut Seksyen 144. (1)Akta kerajaan Tempatan 1976.
- Pemilik harta boleh membuat bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut.
- Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis sebelum tamat tempoh yang diberikan.
| | |
|
|
|
|
|
|