top
header
Bahagian OSC
print mail

Pengenalan

Selaras dengan penempatan seorang Pegawai Perancang Bandar J41 oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Majlis Daerah Simpang Renggam pada 15hb. Mei 2007. Kementerian telah menetapkan agar Setiausaha Pusat Setempat (OSC) ini turut menjalankan fungsi untuk mengetuai Bahagian Perancangan Bandar di Pihak Berkuasa Tempatan yang masih belum mempunyai pegawai perancang mahupun penolong pegawai perancang.

Visi

" "Merangka dan menyelaras aktiviti perancangan dan pembangunan dalam kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam ke arah 'Maju dan Mampan' dengan menitikberatkan keseimbangan dari aspek fizikal, sosial, ekonomi dan persekitaran"

 

Objektif

  1. Memastikan matlamat, objektif dan strategi di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Simpang Renggam (RTSR), Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD), Rancangan Kawasan Khas (RKK) danPelan Induk Landskap (PIL) dijadikan asas dan garis panduan dlam kerja-kerja perancangan.

  2. Mengawal, merancang dan memantau pembangunan di dalam kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam agar terancang dan bersistematik mengikut Rancangan-Rancangan Pembangunan dan mengikut Dasar-Dasar / Pekeliling-Pekeliling Kerajaan Negeri serta Garis Panduan dan Piawaian Perancangan yang digunapakai di seluruh Negeri Johor.

  3. Melaksanakan, menggunapakai dan menguatkuasa Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) serta Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) 2007.

  4. Memberi khidmat nasihat perancangan yang cekap dan professional serta memastikan permohonan dan ulasan-ulasan perancangan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan

  5. Menyediakan data / sistem bermaklumat perancangan yang lengkap untuk kegunaan / rujukan pelbagai jabatan dan orang awam

  6. Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan awam yang diterima yang berkait dalam bidang Perancangan Bandar.

  7. Memastikan Kawasan Lapang atau riadah disediakan selaras dengan keperluan masyarakat

 

<< Kembali ke Bahagian >>

Tarikh Akhir Dikemaskini : 18 Jun 2009
print mail
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   MyIdeas   Unit Perancang Ekonomi

 

Jobs Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor   Laman Web Rasmi Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor   Portal Rasmi Pejabat Tanah Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kluang   Unit Pusat Universiti

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 Mei 2012
bottom
Latar Belakang Background_default Background1 Background2 Background3 Saiz Teks Decrease Font Reset Font Increase Font Skema Warna BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 W3C Disability Access Teks Suara Teks Suara