top
header
Breadcrumb
Menu Bantuan
print mail
Tarikh Akhir Dikemaskini : 15 Jun 2010
Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial
print mail

1.    Sebagai pengguna Rangkaian Sosial ini, anda termaktub dengan terma dan syarat pada tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini.

2.    Rangkaian Sosial yang disediakan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam ini terdiri daripada Facebook.

3.    Majlis Daerah Simpang Renggam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam Rangkaian Sosial ini.

4.    Sebarang pandangan yang dikemukakan di dalam Rangkaian Sosial ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan Majlis Daerah Simpang Renggam

5.    Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

6.    Anda dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan  yang boleh menyinggung perasaan ahli Rangkaian Sosial yang lain.

7.    Anda tidak digalakkan menghantar ayat atau kandungan yang terkeluar dari topik utama.

8.    Pautan dan kenyataan yang berunsurkan LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

9.    Digalakkan supaya anda mengakui akan apa-apa kesilapan penggunaan ayat, bahasa atau kandungan dan membetulkannya dengan segera.

10.    Pastikan kenyataan atau muat naik dokumen anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

11.    Anda tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

12.    Dokumen yang telah dimuat turun tidak boleh digunakan untuk tujuan yang salah di segi undang-undang.

13.    Pihak pengurusan Majlis Daerah Simpang Renggam  di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan yang di buat di dalam Rangkaian Sosial ini. Anda sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam rangkaian sosial  ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

14.    Pihak Pengurusan Majlis Daerah Simpang Renggam  berhak meminda Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.

Tarikh Akhir Dikemaskini : 13 Jun 2010
Muat Turun Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial
print mail
Muat Turun Bantuan Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial (PDF)
Tarikh Akhir Dikemaskini : 15 Jun 2010
print mail
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   MyIdeas   Unit Perancang Ekonomi

 

Jobs Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor   Laman Web Rasmi Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor   Portal Rasmi Pejabat Tanah Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kluang   Unit Pusat Universiti

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 Mei 2012
bottom
Latar Belakang Background_default Background1 Background2 Background3 Saiz Teks Decrease Font Reset Font Increase Font Skema Warna BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 W3C Disability Access Teks Suara Teks Suara