top
header
Carian
Latar belakang
print mail

Penubuhan MDSR


Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.

Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, Pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.

Halaman: 1  2  

Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 Jun 2009
print mail
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   MyIdeas   Unit Perancang Ekonomi

 

Jobs Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor   Laman Web Rasmi Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor   Portal Rasmi Pejabat Tanah Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kluang   Unit Pusat Universiti

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 April 2011
bottom
Latar Belakang Background_default Background1 Background2 Background3 Saiz Teks Decrease Font Reset Font Increase Font Skema Warna BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 W3C Disability Access Teks Suara Teks Suara