1. Kami akan memberi layanan yang mesra dan bersedia membantu apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami.
2. Kami akan berusaha menwujudkan persekitaran yang bersih, nyaman dan indah bagi penduduk – penduduk di kawasan Majlis.
3. Kami akan memberi kemudahan dan perkhidmatan asas di semua kawasan di bawah bidang kuasa Majlis.
4. Perkhidmatan pungutan sampah akan dibuat setiap hari bagi premis perniagaan dan pada setiap dua hari bagi rumah kediaman.
5. Pembaharuan lesen – lesen akan diselesaikan dalam masa tidak melebihi 30 minit.
6. Permohonan untuk kelulusan pelan dan bangunan baru akan diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat – syarat ianya mematuhi semua kehendak jabatan yang terlibat dan disertakan dengan dokumen yang lengkap.
7. Permohonan untuk kelulusan pelan ubahan / tambahan akan diluluskan dalam tempoh 3 minggu dengan syarat mematuhi kehendak – kehendak UBBL.
8. Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) akan dikeluarkan dalam tempoh satu minggu selepas dikemukakan Borang E berserta perakuan jabatan yang terlibat.
9. Bil-bil Cukai taksiran akan disampaikan kepada penduduk tidak lewat dari 15 Februari dan 15 Ogos.