top
header
Carian
Terma & Syarat
print mail

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini.

Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

 

Had Tanggungjawab

 

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  • Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
  • Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.

Pautan

Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut.

Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis.
 
Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
 
Halaman: 1  2  

Tarikh Akhir Dikemaskini : 29 April 2009
print mail
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   MyIdeas   Unit Perancang Ekonomi

 

Jobs Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor   Laman Web Rasmi Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor   Portal Rasmi Pejabat Tanah Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kluang   Unit Pusat Universiti

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 Mei 2012
bottom
Latar Belakang Background_default Background1 Background2 Background3 Saiz Teks Decrease Font Reset Font Increase Font Skema Warna BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 W3C Disability Access Teks Suara Teks Suara