MENU

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 137, 141, 142 dan 163, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Majlis Daerah Simpang Renggam dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri telah menyediakan nilaian 448 pegangan tambahan Senarai Nilaian Baharu bagi Senarai Nilaian Sediaada di kawasan Mukim Ulu Benut, Machap, Layang-Layang dan Renggam di dalam kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam bagi maksud pengenaan cukai harta yang akan dikuatkuasakan pada 1hb Januari 2026.

Maka itu, pemberitahuan bahawa peruntukan seksyen 143, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Negeri telah mengesahkan 448 pegangan tambahan Senarai Nilaian Baharu bagi Senarai Nilaian Sediaada menggunakan Aras Nilaian Tahun 2020 dan kadar berpandukan kepada jenis pegangan dan kegunaannya yang terpakai untuk seluruh kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam dengan kadar sediaada yang telah berkuatkuasa pada 1hb Januari 2025.

Senarai Nilaian Baharu yang telah diluluskan dan disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri ini terpakai sehingga suatu masa ianya digantikan dengan Senarai Nilaian lain dan Senarai Nilaian yang telah disahkan oleh pihak Berkuasa Negeri ini akan disimpan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam. Semua pemunya dan penduduk boleh memeriksa Senarai Nilaian itu di pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam, Jalan Persiaran Muafakat, 86200 Simpang Renggam, Johor pada waktu pejabat.

Bertarikh: 18hb Disember 2025

[SUKJ.KT.700-21/14/2 JLD 3(14)]

MOHD IZZUL HELMI BIN AHMAD

Yang Dipertua

Majlis Daerah Simpang Renggam

warta_pengesahan_cukai.pdf