MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) telah melaksanakan inisiatif Bandar Pintar dan Bandar Selamat melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan tumpuan dan hotspot utama, antaranya:

1. Hutan Bandar Simpang Renggam

2. Persimpangan Bandar Simpang Renggam

3. Persimpangan Muafakat

Selaras dengan Pelan Tindakan Bandar Pintar Simpang Renggam 2035, MDSR akan menambah pemasangan kamera CCTV secara berperingkat pada tahun 2026 di kawasan-kawasan tumpuan lain dan setiap lokasi ini akan dipantau secara berterusan melalui Command Center MDSR.

Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk:

- Meningkatkan tahap keselamatan awam

- Mencegah jenayah dan salah laku

- Memupuk kesedaran masyarakat dalam pematuhan undang-undang

Kerjasama dan sokongan semua pihak amatlah dihargai demi mewujudkan persekitaran yang selamat, sejahtera dan berdaya huni untuk komuniti Simpang Renggam.

Bersama kita jayakan Simpang Renggam sebagai Bandar Pintar dan Bandar Selamat

#simpangrenggamcentraljohorgateway

#singgahsimpangrenggam