MENU

Penilaian dan pencapaian ini adalah berdasarkan kepada pengukuran Indeks Kebahagiaan Malaysia (MHI) melalui Jabatan Perangkaan Malaysia serta MURNInets melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) / PLANMalaysia.

Sambutan ini telah diadakan pada 7 April 2026 bertempat di Dewan Kristal, KPKT, Putrajaya dan telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pencapaian ini merupakan hasil usaha berterusan semua pihak dalam memastikan kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian kehidupan masyarakat setempat sentiasa terpelihara. Kejayaan ini juga tidak mungkin dicapai tanpa sokongan warga Simpang Renggam yang sentiasa bersama dalam menjadikan kawasan ini sebagai tempat yang selamat, bersih dan sejahtera untuk didiami.

Majlis Daerah Simpang Renggam akan terus komited dalam memperkukuh perkhidmatan, memperindah persekitaran serta meningkatkan kualiti hidup komuniti selaras dengan aspirasi pembangunan bandar yang mampan dan inklusif.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga Simpang Renggam terus kekal sebagai bandar yang membahagiakan untuk semua. Penilaian turut mengambil kira faktor sosial, kemudahan awam serta keharmonian masyarakat yang menjadi asas kepada kehidupan harian penduduk di sesuatu kawasan.

#BandarPalingBahagia2026
#SimpangRenggamCentralJohorGateway
#MDSR