Jabatan Kesihatan Awam, Majlis Daerah Simpang Renggam telah menjalankan pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk serta aktiviti semburan kabus di sekitar Taman Berjaya, Taman Rumas dan Taman Intan sebagai langkah pencegahan dan kawalan penularan Demam Denggi.
PERINGATAN KEPADA PENDUDUK:
Fogging hanyalah langkah kawalan sementara. Pencegahan sebenar bermula dari rumah anda. Pastikan tiada air bertakung di sekitar rumah, tutup bekas simpanan air dengan sempurna, bersihkan longkang serta kawasan persekitaran, dan buang barang terpakai yang boleh menakung air.
Luangkan hanya 10 minit seminggu untuk memeriksa kawasan rumah anda bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.
Bersama kita jaga kebersihan persekitaran demi komuniti yang lebih sihat dan bebas denggi.
