Majlis Daerah Simpang Renggam telah mengadakan Aktiviti Gotong-Royong dan Kempen Premis Makanan Bersih dan Bebas LILATI di Gerai MDSR Hentian Bas Renggam dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Ahli Majlis serta para peniaga.
Program ini memberi tumpuan kepada usaha membersihkan kawasan premis, meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan, di samping memberi kesedaran kepada para peniaga mengenai kepentingan kawalan tikus, lipas dan lalat (LILATI). Turut diadakan sesi khidmat nasihat berkaitan amalan kebersihan premis serta penyerahan perangkap tikus kepada peniaga.
Semoga usaha berterusan ini dapat mewujudkan persekitaran premis makanan yang lebih bersih, selamat dan selesa demi kesejahteraan komuniti.

