MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Gerai MDSR Simpang Renggam bagi menyediakan kemudahan perniagaan yang lebih selesa, bersih dan kondusif kepada para peniaga serta pengunjung.

Usaha ini merupakan komitmen MDSR dalam meningkatkan kualiti kemudahan awam demi kesejahteraan masyarakat dan menyokong pembangunan ekonomi setempat.

Sehubungan itu, MDSR berharap agar semua peniaga dapat bersama-sama menjaga kebersihan, keselamatan serta kemudahan yang telah disediakan dengan sebaik mungkin.