MENU

 

22 MAC 2023 | RABU

Bersempena sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak, Majlis Daerah Simpang Renggam telah melaksanakan Bacaan Yassin Dan Tahlil bertempat di Kediaman Rasmi Tuan Yang Dipertua MDSR, Renggam.

Acara dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Nizam Bin Salleh, Guru Agama Sekolah Arab Al Masriyah. Turut hadir sama, Tuan Haji Hanis Musalman Bin Salehan, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kurma kepada seluruh Kakitangan Majlis Daerah Simpang Renggam.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor