MENU

28 MAC 2023 | SELASA

Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam telah mengadakan lawatan ke tapak Bazar Ramadan di Laman Simpang Renggam bagi meninjau keadaan peniaga serta memantau lesen perniagaan dan kepatuhan orang ramai kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Turut hadir sama Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam, Jabatan Kesihatan Awam MDSR, Jabatan Penguatkuasaan MDSR , Jabatan Pelesenan dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.