MENU

2 JULAI 2023 | AHAD

Program Gerak Mesra 2023 Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini telah berlangsung di sekitar kawasan Zon 6 dan Zon 10 yang bertempat di Dewan Terbuka, Taman Perling.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Encik Jamari bin Atan , Ahli Majlis MDSR Zon 6, Encik Subramaniam A/L Solomuthu, Ahli Majlis MDSR Zon 10 , Ahli-Ahli Majlis MDSR, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDSR serta penduduk setempat.

Aktiviti yang diadakan pada hari ini termasuklah Aktiviti Plogging,Penyampaian Sumbangan, Taklimat Pengasingan Sisa dan Pencegahan Aedes. Turut dibuka kaunter aduan dan kaunter bayaran cukai.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Gerak Mesra pada hari ini. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar bagi memastikan kebersihan di Simpang Renggam sentiasa berada dalam tahap yang

terbaik

.

KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.