MENU

21 Julai 2023 | Jumaat | 3 Muharam 1445H

Lawatan YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ke Parlimen Simpang Renggam hari ini dimulakan di SK Sg Linau, Simpng Renggam. YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi menghadiri Majlis Sentuhan Kasih Keluarga Johor Daerah Kluang yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim

Seterusnya, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi berkesempatan meluangkan masa ke Majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Simpang Renggam dan merasmikan Dewan Terbuka Taman Perling Simpang Renggam serta menyampaikan sumbangan kepada golongan Asnaf Simpang Renggam.

YAB Datuk Onn Hafiz turut ke Kilang Pemprosesan Makanan Haiwan yang terletak di kawasan IKS Simpang Renggam. Beliau turut ke Simpang Renggam Animal Clinik (SRAC) di Pusat Perdagangan Setia, Simpang Renggam bagi menonton demo pemandulan haiwan. YAB Datuk Onn Hafiz turut bergambar di Mural Pusat Perdagangan Setia Simpang Renggam.

YAB Datuk Onn Hafiz juga sempat mengadakan lawatan ringkas ke Jeram Asli, Kg Ulu Benut dan Aw Pottery, Machap.

Turut hadir sama dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Puan Nurul Izzah binti Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam, En Mohd Faizal bin Mat Said, Ketua WHIP MDSR, Ahli-Ahli Majlis MDSR serta Wakil-Wakil Ketua Jabatan Peringkat Daerah Kluang.