MENU

SABTU | 29 JULAI 2023

Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Peringkat Daerah Kluang telah berlangsung dengan meriah di Mini Stadium Taman Sri Lambak.

Program ini adalah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kluang yang telah disambut oleh Tuan Hj Mohd Rafi Abdullah, Pegawai Daerah Kluang dan simbolik diserahkan Jalur Gemilang oleh Encik Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, Ketua Konvoi KMJG 2023 kepada Pegawai Daerah Kluang.

Antara pengisian program KMJG 2023 di Daerah Kluang ialH persembahan Sketsa Rukun Negara oleh Pelajar SMK Taman Sri Kluang, Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Jabatan Kerajaan & Komuniti, PMR@Outreach & nyanyian lagu patriotik.

Turut hadir YB Datuk Seri Hasni Mohamad, Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Dato’ Sharifah Azizah Dato’ Syed Zain, ADUN Mahkota, YB Tuan Haji Abd Mutalip Abd Rahim, ADUN Layang-Layang, Puan Hjh Azurawati Wahid, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Tuan Haji Hanis Musalman Salehan, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Tuan ACP Bahrin Md Noh, Ketua Polis Daerah Kluang, Encik Mohd Sharir Mohd Sani, Pegawai Penerangan Daerah Kluang serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Kluang & komuniti setempat.

Pada bulan kemerdekaan ini, marilah bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta pada negara dan membangkitkan semangat Patriotisme.