MENU

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, diiringi oleh YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program J-Home One Stop Centre (OSC) bersama pembeli Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Daerah Kluang. Seramai 478 pembeli rumah daripada projek Taman Bukit Perdana, Taman Akasia (Kluang), dan Taman Era 2 (Simpang Renggam) hadir menerima sijil tawaran. Turut disediakan kaunter berpusat melibatkan pemaju, institusi kewangan, peguam dan agensi berkaitan bagi memudahkan urusan pembeli.

Program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat serta menyokong sasaran pembinaan 80,000 unit menjelang tahun 2029.

Selesai pelancaran, YAB Menteri Besar meneruskan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Simpang Renggam, yang turut dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat setempat. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada bakal-bakal haji 2025M/1446H, sebagai simbol keprihatinan dan sokongan Kerajaan Negeri kepada para jemaah.

Hadir sama dalam majlis ini adalah YB Tuan Haji Abdul Mutalip Abdul Rahim, ADUN Layang-Layang; YB Datin Paduka Dr. Suhailizan binti Suliman, Ketua Eksekutif PKPJ; YBhg. Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang; En. Mohd Fahmy bin Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang; dan En. Mohd Fa’iz bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam.