Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Bank Rakyat yang diketuai oleh Encik En Azizul Rahman Bin Osman, VP Cash Management & Trade Finance. Turut hadir, Puan Ika Sharmin Binti Mustafa Kamal (Eksekutif Unit Pembangunan Perniagaan dan Jualan), Encik Mat Razi Bin Mat Kalis (Pengurus Cawangan Kluang), dan Encik Khalid Bin Kamit (Penolong Pengurus Cawangan Kluang).
Kunjungan hormat ini merupakan langkah awal dalam menjalin hubungan dan meneroka potensi kerjasama strategik antara Bank Rakyat dan pihak MDSR.
Hadir sama dalam sesi ini, Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR dan Puan Nurul Ain Binti Abd Razak, Akauntan MDSR.