MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu-isu berkaitan permohonan dan pengurusan tanah di kawasan DUN Machap dan DUN Layang-Layang yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua MDSR.

Mesyuarat ini menumpukan kepada perbincangan strategik berhubung tindakan susulan ke atas permohonan yang telah diterima, penyelarasan dokumentasi berkaitan, serta kerjasama antara agensi yang terlibat. Fokus utama adalah bagi memastikan proses pengurusan tanah di kawasan DUN Machap dan DUN Layang-Layang dapat dilaksanakan secara teratur, efisien dan berpaksikan kepada keperluan penduduk setempat.

Majlis Daerah Simpang Renggam akan terus berperanan sebagai pemudah cara yang proaktif dalam menangani isu-isu setempat demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti.

Turut hadir, Encik Mohd Faizal Bin Said, Ketua WHIP MDSR serta Encik Mohd Hafiz Bin Shukor, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Johor, Pejabat Tanah Dan Galian Johor, Pejabat Tanah Daerah Kluang, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Ketua /UnitJabatan MDSR dan Penghulu Mukim.