MENU

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan  jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Simpang Renggam.

1. Penolong Arkitek Landskap JA29

2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

3. Pengawal Keselamatan KP11

4. Pembantu Awam H11

 

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Majlis Daerah Simpang Renggam atau dengan memuat turun borang di laman web ( sila klik pautan) http://www.mdsrenggam.gov.my/ms/rakyat/peluang-pekerjaan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

 

YANG DIPERTUA,

MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,

(BAHAGIAN SUMBER  MANUSIA),

86200 SIMPANG RENGGAM,JOHOR

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 OGOS 2017

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan.Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

i.     salinan kad pengenalan yang telah disahkan

ii.    salinan sijil kelahiran yang telah disahkan

iii.   salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan

iv.   1 keping gambar yang terbaru berukuran passport

v.    lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan

 

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005,Peraturan 17.

 

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.