MENU

Program Gerak Mesra 2022 Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini telah berlansung di sekitar kawasan Mini Stadium Machap.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd Manap, Yang Dipertua MDSR, Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, Ahli-Ahli Majlis MDSR, Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDSR, SWM Environment Sdn Bhd, Machap Cycling Club (MCC) serta Southern Volunteers Simpang Renggam.

Aktiviti yang diadakan pada hari ini termasuklah aktiviti plogging, pembersihan astaka stadium dan sekitar kawasan stadium dan kerja-kerja mengecat astaka dan kawasan sekitarnya.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Gerak Mesra pada hari ini. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar bagi memastikan kebersihan di Simpang Renggam sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.

KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.