MENU

Sekitar Majlis Amanat Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam bagi bulan Januari 2023 yang telah diadakan di Padang Kompleks Pentadbiran MDSR. Majlis dimulakan dengan acara senam robik yang diketuai oleh Pasukan Kecergasan Daerah Kluang.

Majlis diteruskan lagi dengan Amanat Awal Tahun daripada Tuan Haji Abdul Hakim Bin Abd Manap, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam.

Dalam majlis tersebut, beliau mengingatkan kepada seluruh kakitangan bahawa keikhlasan dalam perkhidmatan memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk keperibadian serta prestasi penjawat awam yang cemerlang seterusnya dapat memberi impak yang sangat cemerlang terhadap jjabatan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Hiasan Kreatif Rumah Sukan sempena Program pemantapan Jiwa Semangat Berpasukan MDSR yang telah diadakan pada 30 Disember 2022 yang lalu.