MENU

Lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ke Tapak Projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre pada hari ini dimulakan dengan Lawatan ke Perigi Raja, Renggam. YAB Menteri Besar Johor sempat mendengar penerangan berkaitan kerja-kerja menaiktaraf Perigi Raja TMIYC yang kini berada di Fasa 1.

Seterusnya, YAB Menteri Besar juga diberikan penerangan ringkas berkenaan status perkembangan Projek Pembangunan TMIYC Daerah Kluang Fasa 1 oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ.

YAB Menteri Besar Johor selain itu turut berkesempatan beramah mesra dengan penduduk sekitar Renggam dan mengakhiri lawatan ringkas beliau dengan sesi bergambar di Mural Harimau, Renggam.

Turut hadir sama dalam lawatan ringkas ini ialah Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang, Encik Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd Manap, Yang Dipertua MDSR, Puan Nurul Izzah bin Mohd Zober, Setiausaha MDSR, wakil-wakil Ketua Jabatan peringkat daerah Kluang, Ahli-Ahli Majlis MDSR serta Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit MDSR.