MENU

Aktiviti 'plogging' Program Johor Bersih diteruskan lagi pada pagi ini !

Program Plogging Johor Bersih di Simpang Renggam telah disertai oleh YB Tuan Ling Tiang Soon Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor bersama warga Simpang Renggam di sekitar Taman Permainan dan Jalan Duku, Kampung Simpang Renggam.

YB Tuan Ling Tiang Soon juga telah membuat lawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam unjuk meninjau keadaan dan operasi di Klinik Kesihatan tersebut.

Turut hadir sama, Puan Noor Hidayah binti Abdullah Penolong Pegawai Daerah Kluang, Encik Lim Kim Bock Ahli Majlis MDSR, Puan Norshafiqah binti Lazim Penolong Pegawai Kesihatan Awam MDSR, Wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kluang, Wakil SWM Environment dan penduduk Simpang Renggam.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Plogging sempena Johor Bersih pada hari ini.