Untuk makluman semua pengguna jalan raya, kerja-kerja perobohan dan pembinaan jambatan baru akan dilaksanakan dalam tempoh sepertimana dibawah.
Tempoh pelaksanaan adalah bermula dari 08 Mei 2026 sehingga 05 November 2026
Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk sentiasa merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif (Jalan Tepi Sungai) yang disediakan bagi menggelakkan sebarang kesesakan jalan raya.
Sila patuhi papan tanda keselamatan dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan kesabaran anda adalah amat dihargai.
SUMBER : JKR KLUANG
