MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) komited dalam memastikan persekitaran yang bersih, ceria dan selesa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pelbagai kerja kebersihan, keceriaan dan penyelenggaraan telah dilaksanakan termasuk pemasangan pencahayaan sempena musim perayaan Syawal, pembersihan tandas awam dan kawasan gerai, pembersihan serta pemotongan rumput di kawasan awam, pembersihan kawasan Jeram Asli, kawalan pembiakan nyamuk, pembersihan jalan protokol, kerja-kerja road sweeper serta penanaman pokok bunga bagi menceriakan suasana sekitar.

Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan warga Simpang Renggam serta pengunjung agar dapat menyambut Syawal dalam suasana yang indah, bersih dan harmoni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Kepada yang pulang ke Simpang Renggam, selamat pulang ke kampung halaman dan pandulah dengan selamat. Bagi yang berada di perantauan, semoga tetap ceria menyambut Syawal bersama insan tersayang walau di mana jua berada.

Ikhlas daripada,

Majlis Daerah Simpang Renggam

#simpangrenggamcentraljohorgateway #MajuJohor