MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam telah menerima aduan berkaitan isu kebersihan di kawasan lapang (rezab) Taman Sri Puteri yang telah disalahgunakan sebagai tapak pembuangan sampah haram.

Keadaan ini telah menyebabkan bau yang tidak menyenangkan, mencemarkan pemandangan serta berpotensi menjadi tempat pembiakan haiwan perosak seperti tikus dan nyamuk Aedes yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

Susulan itu, tindakan segera telah dilaksanakan oleh pihak berkaitan:

  • Pemeriksaan oleh Unit Vektor MDSR
  • Kerja-kerja pembersihan sampah oleh SWM Environment
  • Pemasangan banner larangan membuang sampah oleh SWCorp

Sehubungan itu, orang awam adalah diingatkan supaya tidak membuang sampah di kawasan yang tidak dibenarkan. Sikap bertanggungjawab dan kerjasama semua pihak amat penting dalam memastikan persekitaran kita kekal bersih, selamat dan sejahtera.

#simpangrenggamcentraljohorgateway