-
Kami akan memberi layanan yang mesra dan bersedia membantu apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami dalam tempoh 14 hari bekerja.
-
Kami akan berusaha mewujudkan persekitaran yang bersih, nyaman dan indah bagi penduduk-penduduk di kawasan Majlis.
-
Kami akan memberikan kemudahan dan perkhidmatan asas di semua kawasan di bidang kuasa Majlis.
-
Memantau perkhidmatan punugutan sampah dan perbersihan am dibuat oleh SWM.
-
Pembaharuan lesen-lesen akan diselesaikan dalam masa tidak melebihi 10 minit.
-
Permohonan untuk kelulusan Pelan dan Bangunan baru akan diluluskan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat ianya mematuhi semua kehendak jabatan yang terlibat dan disertakan dengan dokumen yang lengkap.
-
Permohonan untuk kelulusan Pelan Tambahan dan Ubahan/ Lanjut Tempoh Pelan akan diluluskan dalam tempoh 3 minggu dengan syarat mematuhi kehendak-kehendak UBBL.
-
Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) akan dikeluarkan dalam tempoh 1 minggu selepas dikemukakan Borang E beserta Perakuan jabatan yang terlibat.
-
Bil-bil Cukai Taksiran akan disampaikan kepada penduduk tidak lewat 15 Februari dan 15 Ogos.