MENU

Bersempena Bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan tiba, Majlis Daerah Simpang Renggam telah melaksanakan Bacaan Yassin Dan Doa Selamat bertempat di Dewan Muakafat, Kompleks Pentadbiran MDSR pagi tadi.

Acara dimulakan dengan bacaan yasin dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Nizam Bin Salleh, Guru Agama Sekolah Arab Al Masriyah. Turut hadir sama, En Mohd Fa'iz Bin Salehon , Yang Dipertua MDSR; Puan Nurul Izzah Binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR; Encik Faizal Bin Md Said, Ketua Whip MDSR , Ahli-Ahli Majlis MDSR .

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kurma kepada seluruh Kakitangan Majlis Daerah Simpang Renggam.

Semoga bulan ramadhan kali ini memberi sinar dalam kehidupan kita sepanjang hari di bulan mulia nanti.