MENU

Satu kunjungan hormat telah diadakan ke atas Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon oleh pihak PERKESO Kluang sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dalam menyantuni PENJAJA dan PENIAGA KECIL BERLESEN di bawah pentadbiran MDSR.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan dan hebahan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), iaitu skim perlindungan sosial yang menawarkan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja kepada golongan PEKERJA SENDIRI.

Sesi kunjungan ini telah dihadiri oleh En Jainuddin Bin Hamzah, Ketua Jabatan PERKESO Kluang; En Muhammad Ezwan Harris Bin Abu Nashrah, Pegawai Eksekutif - Sinergi; dan Pn Nuradiyana Binti Abdullah, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan.

Pihak MDSR berbesar hati bekerjasama dengan pihak PERKESO untuk menyebarluaskan hebahan berkenaan caruman skim yang ditawarkan, lengkap dengan pelbagai faedah dan manfaat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Antara faedah yang disediakan oleh PERKESO adalah faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, faedah hilang upaya sementara, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional serta faedah pendidikan. Subsidi kerajaan juga tersedia bagi pelan caruman terpilih, memberikan lebih banyak kemudahan dan sokongan kepada para penjaja dan peniaga kecil.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), layari laman sesawang rasmi PERKESO di: