Program Gerak Mesra Johor Bersih Ahli Majlis Zon 5 telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen masyarakat setempat di Hutan Bandar, Simpang Renggam.
Hadir sama dalam program ini ialah Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Datuk Zakaria Bin Dullah, Pengerusi Yayasan Makmur Simpang Renggam, En Jamari Atan, Ahli Majlis Zon 5 MDSR, serta agensi-agensi yang terlibat termasuk JKR, PGA , Balai Polis Simpang Renggam,PERKESO, Tabung Haji, Pejabat Kesihatan, SWM, SWCORP dan pelbagai komuniti setempat.
Program dimulakan dengan Taklimat PERKESO berkaitan Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) yang disampaikan oleh Muhammad Ezwan Harris Bin Abu Nashrah, Pegawai Eksekutif PERKESO. Taklimat tersebut memberikan penerangan jelas mengenai manfaat perlindungan kepada golongan bekerja sendiri dan suri rumah.
Seterusnya, acara diteruskan dengan sesi walkabout bersama Ahli Majlis dan Tuan YDP bagi meninjau secara dekat isu-isu setempat yang memerlukan perhatian segera.
Program turut dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dan mencantikkan persekitaran. Fokus pembersihan meliputi:
Pembersihan longkang
* Jalan Rajawali
* Jalan Cenderawasih
Cantasan pokok
* Jalan utama Rekamas 4 & 5
* Pokok besar di Jalan Tiong, Taman Rekamas 2
Selain itu, pelbagai kaunter khidmat masyarakat disediakan, termasuk kaunter bayaran cukai harta, kaunter saringan kesihatan, kaunter Tabung Haji, dan pertandingan sand art khusus untuk kanak-kanak. Program ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta.
Tahniah & terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penduduk Zon 5, kakitangan MDSR, serta komuniti yang hadir.