MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam telah menerima aduan berkenaan longkang tersumbat dan air bertakung. Hasil siasatan mendapati saliran tersumbat disebabkan sisa minyak yang sudah beku serta payung yang dibuang ke dalam longkang.

Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan menggunakan jentera dan dibantu oleh pihak SWM Environment. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Peringatan mesra kepada para peniaga makanan di kawasan ini ❗

Sila pastikan sisa minyak tidak dibuang terus ke dalam longkang tanpa tapisan. Gunakan grease trap untuk elakkan pencemaran dan saliran tersumbat.

Sama-sama kita jaga kebersihan persekitaran!