Majlis Daerah Simpang Renggam telah mengadakan sesi libat urus bersama para peniaga bagi membentangkan cadangan kerja-kerja mengecat semula bangunan premis kedai melibatkan 5 blok perniagaan di Jalan Besar, Simpang Renggam.
Projek ini akan bermula pada pertengahan Jun 2025 dan dijangka siap pada hujung Oktober 2025, dengan tempoh pelaksanaan selama 18 minggu. Sebanyak 53 lot premis terlibat, merangkumi 47 lot utama dan 6 lot sampingan.
Taklimat telah disampaikan oleh Yang Dipertua MDSR, Encik Mohd Fa’iz bin Salehon. Projek ini merupakan salah satu inisiatif transformasi berfasa yang menyasarkan penambahbaikan imej kawasan perniagaan serta memperkukuh identiti perbandaran Simpang Renggam.
Turut hadir, Setiausaha MDSR, Encik Mohamed Azahari bin Mohamed Rawi dan Ketua WHIP MDSR, Encik Mohd Faizal bin Said, Ahli-ahli Majlis MDSR dan, Ketua Jabatan/Unit MDSR.
Majlis Daerah Simpang Renggam komited melaksanakan transformasi yang menyeluruh demi membina Simpang Renggam yang lebih tersusun, progresif dan berdaya saing.