MENU

Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor bagi misi bantuan pasca banjir, Southern Volunteers Majlis Daerah Simpang Renggam ke daerah Kota Tinggi pada hari ini bagi menyempurnakan misi tersebut. Misi bantuan banjir pada kali ini dilaksanakan dari 14-16 Januari 2024.

Majlis Pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir pada pagi ini telah disempurnakan Encik Mohd Fa’iz bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam. Turut hadir sama Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, Ketua-Ketua Jabatan/Unit, MDSR.

Seramai 20 orang sukarelawan Southern Volunteers Simpang Renggam yang terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Simpang Renggam telah digerakkan ke kawasan-kawasan yang terkesan akibat banjir .Sebanyak 6 jentera aset yang terdiri daripada lori tangki, lori roro, pacuan 4 roda & 2 kenderaan penumpang dan 2 unit mesin waterjet digunakan dalam misi pasca banjir kali ini.

Setinggi-tinggi jutaan terima kasih diucapkan kepada anggota Southern Volunteer MDSR serta agensi-agensi lain yang terlibat dalam menyumbang tenaga dalam misi bantuan ini. Semoga usaha ini dapat meringankan beban dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

#SouthernVolunteerSimpangRenggam

#SVSR

#SouthernVolunteers