MENU

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Tuan Haji Abdul Hakim Bin Abd Manap di atas pelantikan sebagai Pentadbir Tanah Daerah Mersing yang baharu.

Warga kerja Majlis Daerah Simpang Renggam merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas sumbangan dan jasa serta khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang menjawat jawatan Yang Dipertua selama 2 tahun 14 hari di Majlis Daerah Simpang Renggam.

Naik pedati pergi bertapa,
Meredah pepohon jalan beriringan;
Jasa dan bakti tidak dilupa,
Seribu tahun jadi kenangan.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor