Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau warganegara Malaysia yang telah bermastautin di Johor selama 5 tahun atau lebih yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan JAWATAN KONTRAK (INTERIM) di Majlis Daerah Simpang Renggam sebagaimana berikut:
1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U9 - 1 kekosongan
2. Pembantu Tadbir P/O N1 - 1 kekosongan
Permohonan hendaklah dibuat melalui google form yang disediakan pada pautan https://forms.gle/2Ji7LBNBtm1qZVHy6 dan memuat naik Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi dengan cara memuat turun borang berikut :
1.
Iklan Jawatan Kosong MDSR
2.
Borang Jawatan Kosong MDSR
3.
Senarai Semak Permohonan Jawatan Kosong MDSR
Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat naik ke pautan https://forms.gle/2Ji7LBNBtm1qZVHy6.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 OKTOBER 2026
