MENU

Tahniah diucapkan kepada Iris FC yang berjaya muncul sebagai johan, diikuti Seven Brother selaku naib johan, Cempaka FC di tempat ketiga dan Ali Baba FC di tempat keempat dalam kejohanan pada kali ini .

Kejohanan yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan ini berjaya menghimpunkan komuniti dan peminat bola sepak veteran dalam suasana yang cukup meriah di TMIYC Renggam.

Kejohanan ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Izzul Helmi Bin Ahmad, Yang Dipertua MDSR, Yang Berusaha Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR, Encik Mohd Hafiz Bin Shukor Wakil ADUN Machap, Encik Muhamad Afendi Bin Abd Rahman Wakil ADUN Layang-Layang, Tn. Hj. Khalid Bin Karim Wakil Pengerusi Yayasan Makmur Simpang Renggam serta Encik Md Suffian Bin Abu Bakar Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan MDSR.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak, pemain, penyokong dan komuniti yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga arena bola sepak veteran di TMIYC Renggam terus meriah dan berkembang pada masa akan datang.