Jabatan Kesihatan Awam MDSR telah menjalankan satu operasi pemeriksaan dan penggredan premis makanan di sekitar Simpang Renggam dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan MDSR dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang.
Ringkasan Operasi:
7 buah premis makanan diperiksa
43 orang pengendali makanan diperiksa
35 orang pengendali mempunyai suntikan tifoid
27 orang pengendali menghadiri kursus pengendali makanan
Tindakan Penguatkuasaan:
- 2 notis kompaun dikeluarkan di bawah UUK Pengendalian Makanan MDKS 1987
- 2 notis kompaun dikeluarkan di bawah UUK Pelesenan Tred Perdagangan dan Perindustrian MDSR 2021
- 15 notis kesalahan di bawah Akta Makanan 1983
-4 premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983
PERINGATAN TEGAS KEPADA PENGUSAHA PREMIS MAKANAN
Semua pengusaha premis makanan WAJIB mematuhi sepenuhnya peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan berkaitan serta Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, termasuk kebersihan premis, pengendalian makanan yang selamat, suntikan tifoid, kursus pengendali makanan serta lesen perniagaan yang sah.
Kegagalan mematuhi keperluan ini TIDAK AKAN DITOLERANSI dan tindakan kompaun, penutupan premis serta tindakan undang-undang akan diambil tanpa sebarang amaran lanjut. Operasi dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa demi melindungi keselamatan dan kesihatan pengguna.
#simpangrenggamcentraljohorgateway #singgahsimpangrenggam #majujohor

