MENU

Program Gotong-Royong Wabak Denggi Zon 8 telah berjaya dilaksanakan di Taman Indah dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Encik Mohd Izzul Helmi Bin Ahmad, Yang Dipertua MDSR, Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi , Setiausaha MDSR , Ahli-Ahli Majlis, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, SWM, Safwa, jabatan dalaman serta penduduk setempat seramai 70 orang.

Program ini turut disertai dengan sesi taklimat kesedaran denggi yang disampaikan oleh Dr. Muhamad Redzuan bin Jokiram, Pegawai Perubatan dari PKD Kluang, bagi memberi pendedahan kepada orang ramai tentang bahaya denggi serta langkah pencegahan yang berkesan.

Pelbagai aktiviti gotong-royong telah dijalankan seperti pembersihan lorong belakang, kawasan lapang, rumah terbiar dan lereng sekitar taman bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan penduduk Zon 8 atas kerjasama yang padu. Bersama kita jayakan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan bebas denggi .

#simpangrenggamcentraljohorgatewat

#MajuJohor

#simpangrenggamkearahpeebandaranlestari