Pelbagai kerja naik taraf telah dilaksanakan bagi memberikan keselesaan yang lebih baik kepada orang ramai. Antara penambahbaikan yang telah disediakan ialah:
- Interlocking baharu di kawasan sekitar dewan
- Kemudahan tandas yang lebih selesa
- Laluan mesra OKU
- Pemasangan penghawa dingin untuk keselesaan pengguna
Semoga dengan kemudahan yang lebih lengkap ini, Dewan Orang Ramai Layang-Layang dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai lokasi pelbagai aktiviti komuniti, majlis dan program kemasyarakatan.

