Majlis Daerah Simpang Renggam telah mengadakan Program Gerak Mesra Zon Renggam sebagai usaha memperindah dan memastikan kawasan awam sentiasa bersih, selamat serta selesa untuk kegunaan masyarakat.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah kerja-kerja menebang pokok yang berisiko, mengecat semula road kerb, serta kerja-kerja pembersihan di sekitar Hutan Bandar Renggam dan TMIYC Renggam.
Program ini telah dihadiri oleh Encik Mohd Izzul Helmi Bin Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan/Unit serta kakitangan MDSR yang bersama-sama bergotong-royong menjayakan program ini.

