MENU

Cabar kekuatan dan semangat berpasukan anda di Pertandingan Tarik Tali Tertutup Daerah Kluang sempena Pesta Lokal @ T6! Penyertaan dibuka khas kepada pasukan dari Daerah Kluang sahaja dengan yuran RM250.00 bagi setiap pasukan.

Pertandingan akan dijalankan tanpa kasut dan sarung tangan (kaki ayam) serta menggunakan format liga kumpulan diikuti kalah mati. Borang penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 11 Ogos 2026 (Selasa), jam 5.00 petang.

Sesi timbang berat, cabutan undi dan taklimat akan diadakan pada 14 Ogos 2026 (Jumaat), jam 9.00 pagi di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam, manakala pertandingan berlangsung pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) di Mini Stadium Taman Sri Lambak (T6) bermula 9.00 pagi.

Imbas kod QR pada poster atau whatsapp https://wa.link/jh76mx untuk mendapatkan borang penyertaan dan membuat pendaftaran.